PENGAJARAN MAKRO

Rph bm (makro)
View more documents from napiahmuhamad.


PENGENALAN
Kemahiran makropengajaran merupakan kemahiran pengajaran yang menyeluruh. Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran, sekurang-kurangnya satu unit kemahiran dalam sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses pengajaran makro, ia meliputi tiga peringkat iaitu permulaan pengajaran, perkembangan dan penutup.

KEKUATAN
Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa MelayuTahun 5 Anggerik di SK Sebuyau Sarawak, saya amat berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Secara keseluruhannya, objektif yang dirancangkan dapat dicapai. Saya dapati kekuatan semasa saya melaksanakan aktiviti pengajara makro ini iaitu semasa set induksi.
Penggunaan kotak misteri amat menarik minat murid untuk mengetahui objek yang terkandung di dalam kotak misteri. Saya juga amat berpuas ati terhadap penglibatan murid semasa saya meminta  sukarela bagi meneka objek yang terkandung dalam kotak misteri. Ramai yang ingin tampil untuk meneka.
Pantun yang saya reka sebagai pembayang kepada obejek di dalam kotak misteri juga secara tidak langsung memberi keseronokkan kepada murid di mana mereka mula membayangkan objek berkenaan berdasarkan pantun.  Selain itu, kemahiran penutup juga mampu menarik perhatian murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan  pembelajaran yang saya rancangkan. Setiap bahan bantu mengajar dan belajar yang saya sediakan menarik dan ini merupakan bonus kepada saya dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pemelajaran yang berkesan dan menghiburkan.
Pada fasa menstruktur, saya dapati murid amat berkeyakinan apabila mengemukakan idea dan menjawab setiap soalan yang saya ajukan. Jawapan yang mereka berikan juga betul berdasarkan teks yang telah dibaca. Ini menunjukkan mereka faham apa yang telah mereka baca melalui teks.
Pada fasa aplikasi idea pula, idea yang dibentangkan menerusi perbincangan kumpulan amat bernas. Mereka mampu mengemukakan idea berdasarkan contoh yang diberi. Idea mereka tidak terbatas kepada sesuatu topik sahaja. Mereka mampu menghuraikan setiap fungsi pokok kelapa menggunakan peta pengurusan grafik yang mereka hasilkan sendiri.
Pada fasa penutup pula, perasaan ingin tahu murid amat jelas apabila guru mengeluarkan satu persatu contoh buah yang mengandungi khasiat daripada sebuiah kotak hitam. Tumpuan dan fokus murid dalam fasa penutup amat memberangsangkan. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan secara berterusan amat membantu penguasaan kefahaman murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Lembaran kerja yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga membantu murid menguasai pelajaran pada hari ini. Lembaran kerja yang saya sediakan berkaiatan dengan apa yang telah mereka pelajari. Maka murid tidak mempunyai masalah untuk menyiapkannya. Lagipun saya memberikan masa yang cukup untuk murid menyiapkan aktiviti membina ayat yang terdapat dalam lembaran kerja. Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dan pembelajaran makro saya hari ini tercapai.

KELEMAHAN
Semasa melaksanaan proses pengajaran dan pegajaran bahasa Melayu Tahun 5, salah satu permasalahan yang saya hadapi iaitu murid-murid kurang bekerjasama sewaktu menjalankan aktiviti berkumpulan. Apa yang saya dapati terdapat sebilangan murid yang tidak memberikan kerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Mereka berbual dengan rakan dalam kumpulan. Topik perbualan pula langsung tidak berkaitan dengan apa yang saya ingin bincangkan dalam kumpulan.
Memandangkan kumpulan yang dibentuk merupakan Kumpulan Pelbagai Kebolehan, ada di kalangan murid yang tidak mahu mengambil bahagian dan terdapat juga antara mereka yang ingin menguasai kumpulan. Murid yang ingin menguasai kumpulan dapat dikenalpasti ketika melakukan tugasan. Semua tugasan dalam kumpulan dilakukan sendirian tanpa mengharapkan kerjasama dari rakan yang lain. Selalunya murid yang menguasai kumpulan ini ialah murid pandai. Ini mendorong murid yang lemah dalam kumpulan tidak mahu mengabil bahagian kerana mereka mungkin beranggapan bahawa idea mereka tidak bernas.
Ada juga yang berebut-rebut melakukan tugasan kumpulan. Ini menyebabkan hasilan tugasan dalam kumpulan tidak memuaskan.

CARA MENGATASI
Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta mencapai objektif yang disasarkan. Saya berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Antaranya, saya perlu memberi penerapan nilai kerjasama kepada murid supaya mereka dapat mengetahui betapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Saya juga perlu  menguasai aktiviti murid dalam kumpulan supaya saya mampu memberikan penjelasan sekiranya murid menghadapi apa sahaja ermasalahan. Alau bagaimanapun, arahan saya  yang jelas kepada murid tentang apa yang dikehendaki mereka lakukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekeliruan muridsemasa melakukan aktiviti kumpulan .
Penambahbaikan ini perlu setiap kali diadakan aktiviti kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Setiap kali melaksanakan aktiviti berkumpulan yang saya rancang dan saya jalankan, saya akan cuba mempraktikkan cadangan-cadangan yang diberi oleh rakan-rakan bagi memastikan keberkesanan dan memastikan objektif tercapai. Sekiranya berjaya, sedikit sebanyak masalah ini dapat berkurangan dan diharapkan dapat diatasi sepenuhnya pada masa hadapan. Saya juga harus memperbanyak aktiviti  berkumpulan bagi memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid. Ini  juga penting bagi memastikan penglibatan semua murid terutamanaya jika membentuk kumpulan pelbagai tahap kecerdasan.

Disediakan oleh: Napiah Muhamad




Tiada ulasan:

Catat Ulasan