RANCANGAN MENGAJAR

PENGENALAN.

          Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru harus meyediakan rancangan pengajaran harian. Rancangan pengajaran harian (RPH) harus disediakan sehari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Tanpa rancangan pengajaran harian, seseorang guru itu mengajar ibarat " si buta tanpa tongkatnya". Rancangan pengajaran yang dirancang juga seharusnya mampu menarik minat dan perhatian murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

          Selesai sesi pengajaran, seorang guru perlu membuat refleksi bagi menilai keberkesanan dan kelemahan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Refleksi membolehkan guru mengaplikasikan teori pengajaran  dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran sendiri serta pengajaran muridnya. Seterusnya, hasil refleksi tersebut akan dijadikan panduan untuk guru memikirkan cara untuk memperbaiki sekiranya terdapat kelemahan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang disasarkan. 

          Bagaimanapun, rancangan pengajaran  harian bagi prasekolah amat berlainan dengan rancangan pengajaran harian bagi kelas biasa (Tahap 1 dan Tahap 2). Persediaan mengajar disediakan secara menyeluruh dan mengandungi 2 hingga tiga subjek yang diajar dalam 1 hari. Ini kerana, guru pasekolah mengajar semua subjek bagi kelas prasekola melainkan subjek Pendidikan Islam. Berikut merupakan beberapa contoh persediaan mengajar prasekolah yang saya sediakan bagi tahun 2011 mengikut format dan sukatan pelajaran prasekolah yang standard.


*** 1 ***
 
REFLEKSI 1 (BAHASA MALAYSIA)

KEKUATAN:
Sudah menjadi kelaziman kanak-kanak, aktiviti nyanyian dan gerakan mampu menarik minat mereka. Ini jelas kelihatan semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia dalam bilik darjah. Murid amat terhibur dengan aktiviti yang melibatkan nyanyian lagu A,B,C yang diikuti dengan gerakan tangan,mata dan jari mengikut pergerakan bebas sebagai  asas menulis. Mereka akan mudah dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menerusi kaedah ini.
Selain itu, kekuatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia pada hari ini adalah pada aktiviti perbualan dengan murid. Murid agak berkeyakinan semasa bersoal jawab dengan guru semasa diajukan soalan berkaitan dengan diri. Walaupun umur mereka baru 5 tahun, tetapi ianya tidak menjadi alasan untuk mereka takut dan malu berkomunikasi di dalam bilik darjah.
Saya selaku guru juga bijak memainkan peranan dari aspek psikologi dalam menarik perhatian dan mengambil hati murid supaya mereka minatuntuk belajar. Ini kerana pada usia 5 tahun dan tiada pengalaman berada di sekolah, murid perlukan motivasi dan dorongan untuk mereka terus berminat untuk belajar.


KELEMAHAN:
            Agak sukar bagi saya mengajar dalam situasi di mana kelas yang saya gunakan merupakan kelas terapung (surau sekolah). Ini kerana bilik prasekolah Mumtaz (NKRA) masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan. Persekitaran bilik surau agak memimbangkan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada murid sekiranya tidak diawasi. Lagipun, terdapat juga murid yang masih membuang air di peringkat umur ini. Surau merupakan tempat beribadah dan situasi ini amat membimbangkan saya dan secara tidak langsung menggangu tumpuan saya semasa mengajar.
Selain itu, memandangkan murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid yang berumur 5 tahun dan tiada asas dalam bacaan sebelum ini, jadi mereka lebih mengamalkan kaedah hafalan lisan semasa melakukan aktiviti seperti menyanyi. Aktiviti gerakan semasa nyanyian juga bebas dan tiada fokus gerakan.
            Terdapat segelintir murid yang “hyper active” di dalam kelas. Murid ini kerap melakukan sesuatu di luar jangkaan guru. Murid seperti ini lebih suka melakukan gerakan dan aktiviti yang bertentangan daripada kehendak guru.  Murid ini selalunya boleh mempengaruhi murid yang lain.
            Bahan bantu mengajar juga agak terhad dan hanya bergantung dan meminjam daripada kelas prasekolah Imtiaz. Keadaan ini menyukarkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
           

CARA MENGATASI:
            Memang tidak dapat dinafikan, murid dalam lingkungan umur 5 tahun lebih berminat untuk bermain daripada belajar. Motivasi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menyeronokkan harus diranc ang bagi menarik minat murid. Keadaan ini tidak akan berlaku selagi murid tidak ditempatkan di bilik kelas yang sepatutnya. Murid prasekolah seharusnya diletakkan di dalam kelas yang mempunyai persekitaran yang boleh mengembangkan minda mereka dan bukannya bilik surau. Jadi pihak sekolah berusaha mempercepatkan proses penggunaan bilik baru prasekolah bagi mengatasi masalah ini.
            Perancangan aktiviti juga harus mengambil kira tahap kebolehan murid. Memandangkan murid masih berusia 5 tahun, aktiviti bebas harus diambil kira dalam pengajaran. Mereka tidak boleh terlalu dipaksa untuk melakukan aktiviti formal  dalam bilik darjah. Keseronokkan semasa belajar harus dipupuk dalam diri murid supaya mereka akan terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
            Bagi murid yang “hyper active”pula, perhatian yang sewajarnya harus dititik beratkan kerana kadangkala, kelakuan mereka boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka sendiri.



*** RANCANGAN MENGAJAR 2 ***

REFLEKSI 2 (BAHASA INGGERIS)

KEKUATAN:
            Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dijalankan seperti biasa. Murid telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan bilik kelas yang selesa. Kesediaan murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran amat memuaskan.
            Seperti biasa, aktiviti nyanyian abjad “A,B,C ...” versi Inggeris mampu menarik perhatian murid. Walaupun mereka pernah menyanyikan lagu ini menggunakan bahasa Malaysia, tetapi mereka turut seronok apabila menyanyikannya menggunakan vesi bahasa Inggeris.  Begitu juga dengan lagu “Good morning”. Walaupun mereka tdak memahami  makna perkataan keseluruhan lagu, tetapi mereka berusaha mengikut sebutan/hafalan lagu mengikut cd.
            Pada langkah membaca ayat mudah dengan bantuan guru, murid kelihatan amat berkeyakinan untuk  tampil ke hadapan untuk membaca ayat yang dipaparkan. Memang tidak dinafikan, murid tidak tahu membaca apatah lagi bahasa Inggeris, tetapi mereka tetap tampil dengan yakin membaca dengan bantuan guru.
           

KELEMAHAN:
            Kualiti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati semasa sesi pengajaran dan pembelajara pada hari ini. Antaranya, penguasaan bahasa Inggeris murid. Amat ketara bahawa murid tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris di rumah. Murid tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan ole guru walaupun guru menggunakan bahasa yang mudah.
            Murid hany akan melaksanakan aktiviti yang dirancangjika dengan bantuan guru. Apabila guru meminta murid mengulangi apa yang telah mereka lakukan, mereka tidak mampu dan banyak kesalahan bahasa dan sebutan yang dilakukan.  Mereka hanya menggunakan kaedah hafalan bagi setiap aktiviti, bukannya memahami  dan mengingati.


CARA MENGATASI:

            Bagi mengatasi masalah ini pada perigkat awal, guru perlu menggunakan kaedah dwi bahasa semasa mengajar bahasa Inggeris. Ini kerana, penyampaian isi pelajaran tidak akan bermakna sekiranya murid tidak memahami apa yang guru ingin sampaikan. Murid harus didedahkan dahulu dengan perkataan-perkataan mudah “key word” . Aktiviti nyanyian menggunakan bahasa Inggeris juga banyak membantu murid menguasai subjek ini.
            Selain itu, murid perlu didedahkan dengan banyak aktiviti yang memfokuskan penggunaan lisan bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di samping menarik minta mereka terhadap bahasa Inggeris.
            Penggunaan “big book” juga amat membantu pengguasaan bahasa Inggeris murid. Pengunaan “big book” secara terancang dan menyeronokkan akan menarik minat murid untuk mempelajari bahasa Inggeris. Menerusi “big book” murid akan didedakan dengan banyak perkataan-perkataan mudah dan biasa digunakan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, the, is,  here dan sebagainya.



RANCANGAN MENGAJAR 3 ***

REFLEKSI 3 (BAHASA MALAYSIA)

KEKUATAN:
Keseronokkan belajar menjadi fokus dalam pendidikan prasekolah. Seperti kebiasaannya, aktiviti nyanyian dan gerakan ternyata berkesan dalam mencapai objektif yang disasarkan. Murid ternyata seronok apabila menyanyikan lagu “Sayang Keluarga”.
Selain itu, beberapa orang murid mampu bercerita dengan baik tentang keluarga masing-masing secara lisan walaupun struktur ayat kurang memuaskan. Apa yang penting, keberanian mereka untuk menceritakan perihal keluarga mereka di hadapan rakan-rakan dengan bantuan soalan guru.
Murid juga sudah berjaya mengecam beberapa huruf yang mudah seperti a, b,c, o dan sebagainya. Mereka juga berjaya memadankan huruf/abjad yang serupa.


KELEMAHAN:
            Murid belum dapat menguasai objektif membatangkan suku kata memandangkan mereka baru memasuki minggu ketiga persekolahan. Fokus utama masih berkisar ke arah mengenal dan megecam abjad A hingga Z.
Murid juga gagal menulis beberapa huruf/abjad menggunakan teknik yang betul. Mereka menulis berdasarkan bentuk huruf/abjad dan tidak menekankan kaedah penulisan yang betul.


CARA MENGATASI:

            Pembelajaran intesif perlu bagi memastikan murid menguasai objektif mengenal dan mengecam abjad. Ini kerana terdapat beberapa orang murid yang langsung tidak dapat mengecam huruf yang mudah seperti o. Keadaan ini tidak boleh berlarutan
            Latihan intensif pra tulisan juga perlu ditekanan bagi memastikan murid menulis ajad mengikut kaedah yang betul. Walaupun murid dapat menulis abjad yang ditunjukkan, tetapi kaedah menulis abjad murid adalah salah. Mereka menulis mengikut bentuk abjad dan bukannya mengikut teknik menulis yang sepatutnya. Jadi, dengan latihan menulis yang banyak secara tidak langsung akan memperbaiki kualiti tulisan mereka. 



*** RANCANGAN MENGAJAR 4 ***

REFLEKSI 4 (BAHASA INGGERIS)

KEKUATAN:

            Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Murid dapat menyebut perkataan dan ayat yang mudah menggunakan bahasa Inggeris dengan bantuan guru. Mereka juga berjaya melakukan aktiviti mengecam perkataan dan memadankannya dengan gambar yang sesuai.
            Penggunaan “big book” yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran amat membantu dalam memperkenalkan murid-murid dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris serta ilustrasinya yang menarik perhatian dan minat murid.


KELEMAHAN:

            Penguasaan bahasa Inggeris murid masih kurang memuaskan. Ini kerana persekitaran hidup mereka tidak menggalakkan mereka mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupa seharian. Mereka hanya didedahkan dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Ini merupakan cabaran yang amat kuat bagi seorang guru.
            Selain itu, murid juga tiada keyakinan dalam bertutur menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. Loghat Sarawak yang sebati dalam diri murid menjadi halangan terbesar dalam mengajar bahasa Inggeris.


CARA MENGATASI:

            Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa global, jadi penguasaannya harus bertitik mula daripada usia seawal murid prasekolah. Latih tubi lisan dan tulisan secara berterusan perlu bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid praseklah terutamanya murid-murid luar bandar. 


RANCANGAN MENGAJAR 5 ***


REFLEKSI 5 (BAHASA MALAYSIA)

KEKUATAN:

Pada minggu ke-24, separuh daripada murid dalam kelas saya sudah pandai membatangkan sukukata. Ini menyenangkan saya untuk mencapai objektif pengajaran saya pada hari ini.
Penerapan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya menyeronokan murid. Dalam aktiviti inilah fokus dan perhatian akan mereka berikan 100% kerana rangsangan muzik menyebabkan mereka bertenaga, Oleh sebabitulah saya kerap mengaplikasikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya tahu matlamat utama pendidikan prasekolah adalah membentuk suasana yang seronok dalam pembelajaran murid.

KELEMAHAN:

            Terdapat juga beberapa orang murid yang masih tidak dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Ini disebabkan mereka belum dapat mengenal dan mengecam abjad dengan betul. Keadaa ini amat membimbangkan kerana murid yang tidak mengenal abjad ini terdiri daripada murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana sudah minggu ke-24 tetapi masih terdapat murid yang belum mengenal abjad (linus).

CARA MENGATASI:

            Bagi mengatasi masalah ini dan mengelakkan masalah bertamba rumit, saya memberi latih tubi secara individu kepada murid-murid yang belum mengenal huruf/abjad. Ini bagi memastikan mereka benar-benar mampu mengecam abjad dengan betul. Sementara itu, murid yang sudah menguasai kemahiran akan melakukan aktiviti peneguhan yang lain.
            Bagi murid yang kerap tidak ahdir, saya mengemukakan masalah berkenaan kepada pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.


RANCANGAN MENGAJAR 6 ***


REFLEKSI 6 (BAHASA INGGERIS)

KEKUATAN:

            Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan baik. Murid dapat menyebut perkataan dan ayat yang mudah menggunakan bahasa Inggeris dengan bantuan guru. Mereka juga berjaya melakukan aktiviti mengecam perkataan dan memadankannya dengan gambar yang sesuai.
            Penggunaan “big book” yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran amat membantu dalam memperkenalkan murid-murid dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris serta ilustrasinya yang menarik perhatian dan minat murid.


KELEMAHAN:

            Penguasaan bahasa Inggeris murid masih kurang memuaskan. Ini kerana persekitaran hidup mereka tidak menggalakkan mereka mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupa seharian. Mereka hanya didedahkan dengan perkataan-perkataan bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Ini merupakan cabaran yang amat kuat bagi seorang guru.
            Selain itu, murid juga tiada keyakinan dalam bertutur menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. Loghat Sarawak yang sebati dalam diri murid menjadi halangan terbesar dalam mengajar bahasa Inggeris.


CARA MENGATASI:

            Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa global, jadi penguasaannya harus bertitik mula daripada usia seawal murid prasekolah. Latih tubi lisan dan tulisan secara berterusan perlu bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid praseklah terutamanya murid-murid luar bandar.
            Memperbanyakkan bahan bantu belajar bahas Inggeris juga merupakan salah satu jalan penyelesaian yang baik dalam memupuk minat murid dalam mempelajari bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan