Khamis, 8 Disember 2011

KEPENTINGAN PRASEKOLAH

Mengapa pendidikan awal penting?

Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:

“Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it to a six-year-old.”
Maksudnya :
“Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih mudah berbanding budak berusia 6 tahun”.

Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna. Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan? 

dipetik daripada laman web: http://anakkusoleh.wordpress.com/


Jumaat, 2 Disember 2011

TENTANG PRASEKOLAH

PRASEKOLAH
Konsep:
  • Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
  • Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Objektif :
  • Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Kurikulum:
  • Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkanFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Jumaat, 25 November 2011

TUGASAN BLOG


Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%)
Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog: 

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30
 

Khamis, 29 September 2011

SINGGAH SEBENTAR DI SERAMBI AMNA



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...




Pertama kali menghasilkan blog memang benar-benar menguji kesabaranku. Hasilnya belum cukup untuk dibanggakan. Tetapi yang penting adalah apa yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan. Diharap persinggahan kalian di serambi amna memberikan manfaat walaupun cuma sebesar kuman... Insyaallah.





SEKADAR HIBURAN

video